Monday, June 29, 2009

UMNO PENGECUT

Bekas-bekas President UMNO

"Tun Abdullah berkata, Debat bukan pendekatan yang terbaik kerana boleh menimbulkan masalah lain jika diadakan secara terbuka, Tidak perlu berdebat. UMNO dan PAS perlu berbinbing mengenai apa-apa masalah yang timbul atau yang ada kaitan dengan bangsa dan agama. Tiada gunanya terus berselisih faham."

"Tun Dr Mahathir berkata, Cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya membung masa sahaja dan ia tidak wajar serta berfaedah sama sekali kerana beliau yakin debat terbuka itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak."

Rakyatkini: Mengapa dua orang bekas pemimpin UMNO-BN ini bersuara supaya jangan berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz! Apabila adanya debat sebegini bekas pemimpin UMNO-BN takut RAKYAT akan tahu perkara yang sebenar dan dalam masa yang sama terdedahlah pembohongan UMNO-BN, serta RAKYAT akan nampak setekat mana keikhlasan UMNO untuk Perpaduan dengan PAS.

Cuba kita lihat kenyataan Tun Abbdullah badawai, Debat bukan pendekatan yang terbaik kerana boleh menimbulkan masalah lain "jika diadakan secara terbuka", disini pun kita sudah boleh berfikir mengapa mereka ini tidak mahu secara terbuka, Mereka takut akan terbongkar banyak rahsia dan rasuah serta kesalahan yang UMNO lalukan.

Saturday, June 27, 2009

Tuan Guru Nik Aziz Cabar Najib Berdebat

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengajak beliau mengadakan debat secara terbuka untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku antara Pas dan UMNO.

Nik Aziz berkata, surat yang dirangka khusus untuk Najib itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di antara kedua-dua parti. Beliau berkata, langkah itu adalah sebagai reaksi terhadap laporan polis yang dibuat dua hari lalu oleh Pergerakan Pemuda UMNO negeri berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. “Sekarang macam-macam berlaku.

Pemuda UMNO Kelantan kelmarin dalam sidang akhbar melaporkan bahawa mereka membuat laporan polis berkenaan ucapan saya. Tak apa. Itu dia punya fasal. “Tetapi saya fikir ia tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah itu hanya akan selesai dengan cara Islam.

Dalam Islam ada tiga cara, pertama dengan bijaksana; kedua, nasihat dan ketiga adalah berdebat,” katanya kepada media selepas mengimamkan solat dhuha sempena sambutan Bulan Sembahyang di pekarangan Pasar Siti Khadijah di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz berkata, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran, tetapi mesti dibincangkan secara berdepan. “Saya nak minta beliau (Najib) berdebat dengan saya bulat-bulat secara terbuka. Tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka kepada umum. Tak habis-habis sejak tahun 1951. “Saya cuma nak tahu kenapa UMNO tolak Islam. Kenapa UMNO lawan Pas sedangkan Pas ini guna Islam. Debat secara terbuka antara beliau sebagai pemimpin Islam dengan Najib yang dianggapnya pemimpin sekular,” katanya.

Wednesday, June 17, 2009

TEGURAN TUAN GURU NIK AZIZ

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata: kita perlu berbincang dengan Pakatan terdahulu sebelum melangkah mengambil ketupusan sendiri sebab kita telah membuat satu perjanjian dalam Pakatan. perkara ini tiada dalam agenda PR, jika parti-part lain dalam Pakatan Rakyat setuju itu lain perkara.

Kalau UMNO nak perpaduan PAS, PKR, DAP juga harus termasuk sekali, dan PAS pun jadi menteri, PKR pun jadi menteri dan DAP pun jadi menteri ini baru betul benar-benar perpaduan! jika UMNO-BN tidak bersama dengan Pakatan yang lain ini bermakna bukan perpaduan, ini perpecahan. katanya

Beliau berkata sebagai Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa perlu letak jawatan sebagai timbalan presiden Pas dan ahli parlimen Bachok sekiranya Nasharudin masih berhasrat meneruskan rundingan dengan Umno.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," begitulah kata-kata Tuan Guru, Dia (Nasharudin) tidak tahu banyak orang telefon saya dan datang berjumpa dengan saya bertanya tentang perkara Kerajaan Perpaduan, ada yang bertanya sambil menanggis dengan sebak-sebak ada yang marah!

Suara Rakyat: Bagaimana dengan kami, dengan kepercayaan kami terhadap PAS dan PR, kami memberi undi kapada YB Nasharuddin diatas kepercayaan bahawa PAS akan memberi harapan baru dengan kerjasama PR dan begitu juga dengan kaum INDIA dan CINA yang memberi sokongan kuat kepada PAS.

Kami rakyat kelantan yang berada dikawasan bachok berharap, YB Nasharuddin kembali kepada landasan perjuangan yang sebenarnya dan sekaligus menolak UMNO-BN, Sebab PAS sekarang sudah kuat, ini UMNO nak perkuatkan BN dengan pergunakan PAS.

oleh itu PAS harus teguh dengan pendiriannya sendiri dan PR, kami hanya rakyat biasa tidak sepatutnya menegur kepada pemimpin, tetapi ini hak kami! kami harus menegurnya.

Kisah Sahabat: Saidina Umar tidak pernah berdusta.
Sejarah mencatatkan bagaimana Umar yang terkenal dengan kegarangannya berubah menjadi manusia yang bijaksana pasca-Islamnya.

Saat dilantik menjadi khalifah, umar telah menunjukkan tauladan terunggul sepanjang zaman. Beliau berdiri penuh tawadhuk dan meminta agar rakyat bangkit memberikan peringatan andai dia tersalah.

Lalu bingkas berdiri seorang pemuda. Terhunus di tangannya sebilah pedang yang tajam. Katanya penuh keberanian, jika Umar tersilap maka pedang itulah yang akan meluruskan!

Apa reaksi Umar? Umar mengucapkan terima kasih kepada anak muda yang berani itu. Kata Umar, rakyat seperti itulah yang akan menjamin legasi sebuah pemerintahan. Berani membuat teguran apabila pemimpin tersalah. Tidak takut kepada manusia kerana lebih takutkan Allah.

Sebaliknya, rakyat yang hanya menjadi ‘pak angguk’ lah yang akan merosakkan. Kesalahan pemimpin didiamkan. Lebih payah, yang salah turut diiyakan. Kebenaran disembunyikan demi mendapat habuan. Akhirnya, pemimpin rosak bersama rosaknya rakyat jelata. Negara akan hancur dan keamanan akan lebur.

Soalnya, sejauh manakah kita belajar daripada Umar? Kisah beliau sarat iktibar, buat dijadikan pedoman. Bukan sekadar enak didengar dan kemudian diulang zaman-berzaman,
sedangkan terang-terang kita melakukan kesilapan.

Jangkitan Dari UMNO dan BN

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ekspresi dibenarkan tetapi perlu kena pada cara dan tempatnya.

“Speaker mempunyai kuasa dan tindakan speaker membuat keputusan itu kerana tidak mahu ada kekecohan timbul dan rasa tidak sedap hati pada mana-mana pihak, banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan selain ekspresi dan laungan memprotes seperti itu.

“Tindakan yang dilakukan Nizar itu akan menimbulkan kekecohan yang lebih teruk sekiranya speaker tidak membuat keputusan mengarahkannya keluar dewan,” katanya, semalam.

“Tindakan Nizar itu bukan ditempat yang betul kerana dewan tempat bersidang itu hendaklah dihormati kemuliaannya. Jika perkara seperti ini dibenarkan berlaku dalam dewan dikhuatiri ianya akan berjangkit dan menjadi kebiasaan dalam dewan satu hari nanti,” katanya.

Suara Rakyat: YA.. seseorang Speaker mempunyai kuasa besar dalam Dewan Rakyat! tetapi bagaimana dengan seorang Speaker Dewan Undangan Negeri (PERAK) dia juga mempunyai kuasa yang sama dan patut dihormati kemuliaannya.
Adakah Prof. Dr Mohammad Agus Yusoff tidak ingat peristiwa ini, seorang Speaker DUN Perak diheret keluar dari Dewan yang mulia, Adakah ini kena pada tempatnya?

Jangkitan ini sebenar datang daripada UMNO dan Barisan Nasioanal terdahulu! bukan dari PR atau Pebangkang.

Maka UMNO dan Barisan Nasioanal harus dirawat dan berikan suntikan anti virus, Sebelum jangkitan ini merebak lebih jauh.

Tuesday, June 16, 2009

Nizar dan 6 lagi digantung sidang parlimen

Rakyatkini: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari dewan rakyat sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini -melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan agar DUN Perak dibubarkan, yang dirampas oleh BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut oleh 6 lagi anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Bekas Menteri Besar Perak itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Suara Rakyat: Dimana salahnya kalau seorang Ahli Dewan Rakyat melaungan "Suara Rakyat" agar DUN Perak dibubarkan! kita rakyat Malaysia, kita tidak mahu nama 1 Malaysia diburukkan oleh Media Asing dan dicemari oleh Wakil Rakyat yang tidak bertanggungjawab dan tidak moral.

Kita memilih wakil untuk Rakyat, Bukan wakil itu boleh jadi sendiri! Kita yang lantik wakil rakyat untuk membantu kita dan supaya suara kta sampaikan didewan Rakyat!

Kalau Suara Rakyat tidak didengari oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat! Maka bubarkan juga Dewan Rakyat! sebelum bubar DUN Perak!.

Monday, June 15, 2009

RAKYAT KINI

Salam kepada semua Rakyat Malaysia, Hatiku tergerak untuk menulis artikel ini kerana timbul rasa tidak puas hati dengan Media Tempatan dan Media Asing yang mengutuk dan memainkan peranan pemikiran Rakyat Malaysia yang sudah matang dengan berbagai berita yang cuba memecahbelah sesebuah Parti dalam Malaysia.

Ada pihak tertentu sedang berusaha untuk memisahkan dua orang Tuan Guru! Diantaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang dengan menguna MEDIA SEMASA supaya dua Tuan Guru ini berpisah!

Kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran tidak wajar membiarkan keadaan ini berlaku.

Pesanan kepada semua ahli sebuah Parti! Harus berpegang teguh dengan landasan perjuangan, Kita Rakyat Malaysia, Kini boleh membezakan yang mana baik dan yang mana musuh?

Maka jangan sesekali termakan dengan Berita sebegini, Saya rasa kesal dengan kata-kata yang tidak bermoral iaitu:
PAS kuda tunggangan DAP, Ulamak dan Professional,
PAS boneka UMNO.

Cuba kita lihat Ucapan-ucapan dalam Muktamar ke 55:-

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ DR Harun Din berkata: Media memputarbelitkan ucapannya yang diucapkan dalam satu seminar baru-baru ini, diantaranya perkara diambil oleh akhbar-akhbar, katanya Dato' Harun Din mengatakan ADA MUSUH DALAM SELIMUT!

Dato’ DR Harun Din telah menjelaskan apa itu musuh dalam selimut! Beliau tidak pernah berucap ada musuh dalam PAS! atau ada musuh dalam selimut, tetapi Dato’ Harun Din hanya berkata musuh sentiasa ada! Inilah yang Media memputarbelitkan untuk memburukan keadaan.

Dato’ Harun Din hanya mengingatkan kepada semua pemimpin dan semua ahli AWAS!! Kita ada musuh!.

Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata: kita tidak sama sekali akan menukar dasar prinsip perjuangan parti yang meletakkan islam itu sebagai keras, Dan kita tidak pernah ada agenda dalam mana-mana pemimpin PAS diperingkat pusat nak bawa PAS masuk dalam UMNO Barisan Nasional, atau bergabung dengan UMNO-BN!

Semua Ahli PAS diminta jangan terikut-ikut dengan istilah-istilah yang dimain para MEDIA khususnya MEDIA yang berniat JAHAT! Untuk mempecahbelahkan perpaduan parti.