Friday, July 31, 2009

Pelarian Rohingya Tunggu Permohonan Dapatkan Kad IMM13

PUCHONG, 19 Julai - Kira-kira 4,800 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia masih tertunggu-tunggu dengan permohonan mendapatkan Kad IMM13 yang dibuat tiga tahun lepas dengan Jabatan Imigresen.

Presiden Rohingya Information Center (RIC) En. Mohd Yahya Bin Dildar Ahmad, mendakwa permohonan beserta bayaran sebanyak RM90 untuk permohonan itu dibuat di Pusat Tahanan Imigresen, Sepang pada Ogos 2006.

"Di dalam tempoh dua minggu mulai 1 Ogos 2006, 4,800 daripada kami telah membuat bayaran terbabit di Pusat Tahanan Imigresen Sepang untuk mendapatkan Kad IMM13 itu."

Kini selepas tiga tahun dan bayaran sebanyak RM90, termasuk RM50 untuk bayaran ejen, kami masih tertunggu-tunggu sebarang berita tentang permohonan Kad IMM13 itu," katanya kepada Bernama dalam satu temuramah di sini, baru-baru ini.

En. Mohd Yahya, yang mewakili pelarian Rohingya di Malaysia, mendakwa kumpulan terbabit membuat permohonan Kad IMM13 itu selepas mendapat kelulusan daripada Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Jabatan Perdana Menteri.

En. Mohd Yahya Ahmad, yang telah 13 tahun berada di negara Malaysia, turut menunjukkan resit bayaran RM90 yang dibuat kepada Imigresen bagi permohonan Kad IMM13 itu kepada Krew Rakyatkini.

Menurutnya, kumpulan Rohingya itu amat mengharapkan Kad IMM13 daripada Jabatan Imigresen itu kerana ia akan memudahkan mereka untuk mendapatkan kerja serta menyara keluarga.

Pada ketika ini, katanya pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hanya diberikan kad identiti oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
Bagaimanapun kad identiti UNHCR itu, kata beliau tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

"Akibatnya kami sering diburu oleh pihak berkuasa tempatan ini yang tidak mengiktiraf kedudukan kami sebagai pelarian tetapi hanya sebagai pendatang asing tanpa izin," kata En. Mohd Yahya .

Kehidupan pelarian Rohingya di Malaysia, katanya adalah sukar kerana mereka tidak dibenarkan mencari rezeki untuk menanggung kehidupan keluarga, selain sentiasa diburu oleh pihak berkuasa.

"Kehidupan kami pada ketika ini adalah amat daif dan sukar," katanya sambil menambah kata bahawa beliau mengharapkan UNHCR menempatkan mereka ke negara-negara ketiga yang sudi menerima pelarian Rohingya.

Pelarian Rohingya di Malaysia mahu ditempatkan di negara ketiga, katanya.

Menurut En. Mohd Yahya , terdapat kira-kira 16,000 pelarian Rohingya di Malaysia pada ketika ini.

Beliau mendakwa pelarian Rohingya yang beragama Islam berasal daripada wilayah Arakan di Myanmar melarikan diri ke beberapa negara serantau termasuk Thailand, Malaysia, Indonesia serta negara jiran yang lain untuk melarikan kekejaman kerajaan tentera Yangon.

Thursday, July 30, 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memang terkenal dengan kezalimannya. Ia membawa daki karat memisahkan isteri dan suami, ayah dan anak-anak, merosakkan tali persaudaraan dan ikatan persahabatan.

ISA sememangnya alat dan perkakas paling berkesan buat pemerintah yang begitu takutkan suara rakyat demi mempertahankan kuasa mereka. Kerajaan yang rasuah, korup, membazir, mengaut khazanah negara untuk mengisi tembolok diri dan kroni, serta menindas golongan yang sentiasa kritikal dengan penyelewengan pemerintah, selalunya hidup dalam ketakutan. Mereka bimbang kuasa sukar dipertahankan jika segala salah laku didedahkan kepada umum.

Ayuh, jangan tunggu dan tangguh-tangguh lagi untuk memeriahkan Himpunan Mansuh 1 Ogos.

Datang beramai-ramai ke ibu kota, sekitar jam 2 petang, bagi memastikan pesta demokrasi ini tidak mudah dipatahkan.

Anda tidak melakukan apa-apa kesalahan hanya kerana untuk berhimpun menunjukkan sokongan kepada tuntutan untuk memansuhkan ISA.

Jadikan perhimpunan ini lebih besar dan bermakna, sekurang-kurangnya menyamai perhimpunan Bersih dan membantah PPSMI tidak lama dulu.

Rohingya Muslim di Myanmar Sedang Dizalimi !

Sebuah Akbar di Indonesia melaporkan kelmarin memberitakan penemuan Muslim Rohingya di Acheh Timur pada 3 Feb. Mereka dibuang oleh tentera Thailand dengan boat tanpa enjin setelah dizalimi beberapa bulan di Pulau Meso, Thailand.

Ketibaan mereka ke Acheh berlaku dalam dua gelombang iatu seramai 193 pada 07 Januari 09 yang terdiri dari Muslim Myanmar dan Bangladesh dan terdampar di Pulau Sabang, Acheh.

Pada 02 Feb nelayan Acheh menemukan seramai 198 orang lagi pelarian dari Negara yang sama terapung-apung dengan perahu di Idi Rayeuk dan warga Acheh menarik mereka ke Kuala Idi, Acheh Timur untuk diselamatkan setelah mereka lari dari Thailand.

14 orang dari 198 itu kini dirawat di Hospital Idi kerana gangguan pencernaan kerana sudah lama tidak makan dan dehidrasi. Jumlah yang sempat dirawat seramai 48 orang.

Sabtu kelmarin, Jama’ah Islamiyyah Hizbullah, Indonesia menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Myanmar di Jakarta mengecam tindakan kejam pemerintah tentera Myanmar terhadap umat Islam Rohingya sehingga mereka terpaksa melarikan diri ke Thailand, lalu dizalimi dan kini ke bumi umat Islam Indonesia mengharap simpati saudara seagama.

Mereka mendesak agar pemerintah Myanmar memberikan hak hidup kepada etnik Rohingya termasuk kebebasan menjalankan ibadah. Organisasi Islam ini bertindak pantas dengan mengirimkan team ke Acheh untuk mengirim bantuan makanan, ubat-ubatan, pakaian, doctor dan ulama’.

Pelbagai pihak membantah hasrat pemerintah Republik Indonesia yang ingin menghantar semula pelarian Muslim ini ke Myanmar dan Bangladesh. "Keputusan Departemen Luar (Kementerian Luar) bahawa mereka akan dipulangkan sebagai satu keputusan yang terlalu tergesa-gesa. Kondisi sebenar para pelarian sebenarnya sangat memprihatinkan.

Semua orang tahu bagaimana kisah etnik Rohingya dan warga lainnya yang mendapat perlakuan buruk di Myanmar dan Thailand” kata Zainudin Salam dari Lembaga Advokasi Buruh & Nelayan Acheh ketika menanggapi sikap pemerintah Indonesia.

Alasan yang diberikan oleh pemerintah RI bahawa, kedatangan mereka (pelarian) ini bermotifkan ekonomi (mencari kerja). Maka, pemerintah akan menghantar semula mereka pulang ke Myanmar dan Bangladesh. Di Acheh, warga Muslim ‘menyambut’ kedatangan pelarian Muslim Rohingya dengan baik.

Mereka siap menerima saudara seagama ini jika pemerintah Pusat tidak sanggup menampung. Bahkan sejak awal pendaratan, banyak warga Acheh yang langsung membawa mereka pulang ke rumah memberi makanan dan pakaian.

"Jika mereka dipulangkan ke Negara asal hanya untuk menanggung siksa, lebih baik mereka bersama kami sahaja. InsyaAllah, kami siap membantu dan menampung mereka” kata seorang warga Acheh".

Menurut pengakuan seorang Muslim Myanmar di Acheh, saat melarikan diri ke Thailand, mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh tentera Thailand, dipukul dan kapal ditolak ke laut. Maka mereka tidak sanggup lagi dihantar pulang kerana pemerintah junta Myanmar membuat mereka seperti binatang.

“Kami tidak mahu kembali lagi. Biarlah kami dinegara Islam (Indonesia). Apabila kami sudah diterima (disini), maka keluarga kami akan kami minta datang kesini atau negara Islam lainnya” kata Amin, Muslim Rohingya.

“Di kawasan penduduk etnik Rohingya bermukim, semua masjid, surau dan sekolah agama ditutup oleh pemerintah junta Myanmar” terang Rahmad pula. Kini mereka tinggal sementara di kem Kantor Camat Idi Rayeuk, Acheh Timur, Acheh.

Rakyatkini: "Persoalannya" Bagaimana pula nasib para pelarian Muslim Rohingya ini di bumi Malaysia?

Adakah mereka juga akan dihantar semula ke Myanmar? atau mereka ini akan dibantu oleh Kerajaan Malaysia?

Pemerintah Malaysia perlu fikirkan dengan baik dan memikirkan alternative lain menyelasaikan masalah pelarian dari Myanmar, jangan sampai leher mereka dihulur kepada ZALIM di Myanmar.

Nasib mereka ini harus dibela oleh rakyat malaysia diatas nama MANUSIA! diatas seagama ISLAM! Islam itu bersaudara hadis Nabi s.a.w.

Anda boleh mengikuti sejarah Muslim Rohingya di website Pusat Penerangan Rohingya(RIC) yang menunjukkan bahawa Muslim Rohingya bukan hanya terdapat di Myanmar sahaja, bahkan di Bangladesh, Thailand, Cambodia dan sekitarnya. Berita-berita terkini berkaitan Muslim Rohingya,

Saturday, July 25, 2009

KES KEMATIAN BENG HOCK

Datuk Husam Musa berkata: Concept Islam sangat mudah! Membunuh satu manusia sama membunuh seluruh manusia, tidak kira mereka bangsa Melayu, China atau India.

Adik kita saudara Beng Hock telah dibunuh! Para pendapat saya tidak syak lagi Beng Hock dibunuh!!! bukan seperti media malaysia yang mengatakan Beng Hock membunuh diri.

Dia adalah adik kita tanggungjawab kita menuntut bela diatas kematiannya.

Kenyataan Ketua Pengarah (SPRM) Dato' Seri Ahmad Said Hamdan: ini adalah isu perkauman Beng Hock adalah orang CINA! Kita adalah orang Melayu.

Beng Hock juga manusia! Nyawa sama nilai dengan nyawa orang melayu! Tidak kira Melayu, Cina atau India yang pasti seorang anak bangsa nagara dibunuh! Kita wajib menuntut bela.

Agar Suruhanjaya Bebas ditubuhkan secepat mungkin bagi meniasat bukan sahaja kematian Beng Hock tetapi satu harapan bagi kerajaan Pakatan Rakyat, saya juga bersetuju dengan Ketua Pengarah SPRM harus meletakan jawatan dan kita tidak setuju polis meniasat dalam kes ini, kerana sendiri buat salah dan sendiri pula meniasat? Sampai bila-bila kita tak akan jumpa penyelasaian.

Sunday, July 19, 2009

UMNO TIDAK IKHLAS

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu kematian itu dipolitikkan ketika SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap Anggota-anggota Dewan Negeri pakatan pembangkang berhubung penyalahgunaan peruntukan Kerajaan Negeri kepada wakil rakyat.

“Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Tanjung Karang di sini.

Muhyiddin berkata, selain isu politik, Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan, terutama soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan 2012.

Pada majlis itu, Muhyiddin melancarkan Logo 1Malaysia UMNO Tanjong Karang disediakan daripada 100 kilogram padi dari Tanjong Karang sempena 100 hari Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memotong kek disediakan UMNO bahagian itu.- Bernama

Rakyatkini: ini bermakna sememangnya UMNO-BN tidak ikhlas dalam sesuatu perlaksanaan, cuba lihat kenyataan Muhyiddin Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan. Jadi dulu, kini dan selamanya UMNO-BN tipu dan khianat kepada bangga melayu, ini sudah jelas BN selama ini sengaja naikkan harga minyak! Barangan keperluan harian! dan membebankan orang ramai.


terutama soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan 2012. ini bermakna UMNO-BN tidak mahu mansuhkan PPIM, ini terpaksa dimanshkan kenara desakan oleh parti pebangkang dan rakyat malaysia.

Sunday, July 12, 2009

PAKAT KELIK UNDI BULE

Pesanan kepada semua rakyat dan anak Kelantan yang berada di semananjung terutamanya di lembah kelang "Pakat Kelik Undi Bule"

pesanan dari Tok Guru Nik Aziz 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih dan beri kertas undi pangkah bulan' kepada rakyatnya sejak dulu lagi sememangnya 'dipegang' kuat orang-orang Kelantan lebih-lebih lagi apabila menghadapi pilihan raya.


Walaupun pelbagai tawaran cuba diberikan oleh pihak Umno/BN bagi memenangi hati rakyat Kelantan agar rakyat negeri itu boleh memberi laluan kepada mereka untuk memerintah ternyata rakyat negeri itu tidak mudah dimakan pujuk rayu.


Amanat Tuan Guru kepada rakyatnya tidak akan luntur dengan tawaran-tawaran menarik Umno/BN baik hendak menjadikan negeri Serambi Mekah itu sebagai Pusat Ketamadunan Islam yang terbilang jika mereka memerintah.


Tawaran itu dilontarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, bukan itu sahaja beliau juga ingin membina sebuah masjid yang bernilai RM2.1 juta di Guchil, Kuala Krai.


Najib harus ingat, rakyat Kelantan mempunyai 'chemistry' yang kukuh dengan Tok Guru, mereka tidak pandang pada projek-projek yang bernilai jutaan ringgit, yang penting pemerintahan beliau dalam membela kebajikan sejak dulu lagi.

Wednesday, July 1, 2009

TUAN GURU HANYA MAHU DEBAT DENGAN NAJIB

Mursyidul am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mahu berdebat dengan Perdana Menteri bukan orang lain.

Tuan Guru berkata: saya tidak mahu orang lain yang berdebat dengar saya, yang hanya saya mahu adalah Najib itu sendiri sebab beliau adalah sebagai seorang ketua kerajaan memerintah,Kenyataan bekas dua orang perdana menteri itu suruh berbincang, kita nak bincang apa lagi har-hari kita sudah bincang didalam dewan rakyat dan di parlimen itu mananya berbincang, nak jumpa satu sama lain dalam balik khas atau dipejabatnya itu bulan cara penyelesaian katanya.

Tuan guru berkata: kita sudah pun berbincang, nasihat pun saya telah beri dan dalam ceramah, kuliah serta usrah saya berbincang sudah habis, sekarang hanya tinggal ialah DEBAT satu sama lain di tempat terbuka dan saya tidak suka saya pergi dalam bilik dia dan dia datang dalam bilik saya, yang saya nak biar ditempat terbuka atau dikaca TV dan sebagainya.

Dalam sama yang sama Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang berkata: itu gambaran sudah lama berlaku sejak tahun 1984 di zaman Dr. Mahathi lagi mereka sudah menolak dan membuat kenyataan bahawa UMNO tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS.