Tuesday, March 30, 2010

Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysia gimik politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap -Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1 Malaysia. Gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada Barisan Nasional, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang membangkitkan isu perkauman atas nama Melayu.

Sebelum ini, Kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakan semangat perkauman. Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan. Malah Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan Akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.

PAS tidak menafikan hak Perkasa untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak Kerajaan perlu adil dan Umno seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1 Malaysia.

Pengakuan Ketua Pemuda Umno sebelum ini bahawa memang ada ahli Umno menyertai Perkasa membuktikan bahawa Umno sendiri merupakan parti perkauman.

Kehadiran Mukhriz dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukan pemimpin Umno memang tidak ikhlas dalam gagasan satu Malaysia dan menyokong Perkasa untuk menyemarakan kebencian antara kaum.

PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli Umno terhadap gagasan 1 Malaysia. Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin Umno secara terbuka menyokong Perkasa.

Pas berharap agar rakyat menyedari perkara ini dan bersatu menolak pelampau perkauman ini. Pas menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau. Kaum bukan Melayu diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan Kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu. Kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.

Gagasan 1 Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman wujud, kerana merekalah yang sering menyemarakan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum dinegara ini.Hatta di diakhirat juga nanti tidak ada atas nama bangsa, samaada Melayu, cina atau India yang dijamin masuk syurga. . Semua manusia sama, yang membezakannya adalah ketaqwaan kepada Allah swt.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, March 22, 2010

BUANG BAYI LUAR NIKAH..!!

Hari ini (22 Mac) media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.
Semalam (21 Mac), media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009.Apa maknanya kedua-dua fakta di atas?

Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari, kira-kira dua orang setiap jam.

HEBAT..HEBAT...1MALAYSIA BOLEH!! wakakaka...

Friday, March 19, 2010

Ketua UMNO Bahagian Ranau

Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun ! Sedap tak pegang/sentuh atas perempuan macam tu??? Kenapa ? terlalu syoks ke? Dari UMNO, kan? Melayu, kan? Muslim , kan?

Opss! lupa lah, dia pegang jawatan sebagai Ministry of Tourism, Culture and Environment,
Sabah, Malaysia (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) oh.... itulah Culture Malaysia, itulah culture Melayu, Muslim yg dialu alu kan oleh UMNO ke????

Thursday, March 18, 2010


(gambar ehsan dari seorang rakyat kelantan)
Media UMNO / BN telah melapokan dalam Utusan Malaysia, Dialog Perdana Isu Royalti yang diakan di kelatan baru-baru ini hanya terdapat 50 orang sahaja yang hadir dalam majlis terbut.


Rakyatkini: Kalau UMNO/BN nak tipu pun agak-agaklah Bro!!!! Ini adalah gambar asli dan Ori yang diambil pada Majlis Dialog Perdana pada hari berkenaan.

UMNO/BN masih lagi mengamal budaya tipu, ana pun tidak tahu bila la... UMNO/BN akan insaf...

Thursday, March 4, 2010

10 AP-PKR Yang Dijangka Isytihar Keluar Parti

Kepimpinan parti kena siasat benar atau tidak, Ini kerana banyak media sebarkan berita-berita PANAS, 10 AP-PKR akan kelaur dari parti.

Pertemuan dengan media ini diadakan minggu selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Sejak pertengahan bulan lalu dua Ahli Parlimen PKR sudah keluar iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng masing-masing wakil rakyat Bayan Baru dan Nibong Tebal dari Pulau Pinang telah memutuskan untuk keluar parti dan pada 3 March Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Senarai yang diperolehi ialah:

1) YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)

2) YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)

3) YB Mohsin Fadzli (Ahli Parlimen Bagan Serai)

4) YB Ab Aziz Ab Kadir (Ahli Parlimen Ketereh)

5) YB Ahmad b Kassim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)

6) YB Rashid b Din (Ahli Parlimen Merbok)

7) YB Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor)

8) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Teluk Kemang)

9) Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)