Sunday, October 10, 2010

SPR tidak peka tarikh pilihan raya kecil, Sidang DUN

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak peka dalam menetapkan keputusan menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Nik Abdul Aziz berkata, SPR tidak mengambil kira jadual persidangan belanjawan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil itu.

“Dia (SPR) nak jawab...jawab la. Tetapi dia perlu mengambil kira Sidang DUN yang akan berlangsung. Kerajaan negeri yang telah pun gazet tarikh tersebut untuk adakan Sidang DUN.

“Dan ia telah pun dipersembahkan kepada tuanku. Tentu la kena ambil kira. Dia (SPR) nak jawab macam mana dia jawab la...tetapi menyusahkan kita kena ambil cuti la,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Suami Isteri peringkat negeri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPR yang menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini ketika Kerajaan Negeri pimpinan Pas mengadakan Sidang DUN.

Berikutan itu Persidangan Belanjawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan selama seminggu mulai 1 November, akan ditangguhkan pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil DUN Galas pada hari tersebut.

Kelmarin Speaker DUN, Datuk Mohd Nasuruddin Daud dilaporkan berkata, penangguhan itu bagi membolehkan anggota dewan sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang menumpukan perhatian kepada suasana pilihan raya itu.

Empat kakitangan Jabatan Imigresen didakwa rasuah

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman terhadap empat kakitangan Jabatan Imigresen termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara ini melalui Pulau Ketam, Klang.

Majistret Hafizah Abdul Rajak mengeluarkan perintah reman kira-kira jam 11.15 pagi semalam hingga 12 Oktober ini.

Keempat-empat mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, kira-kira jam 10.45 pagi bagi memperoleh perintah reman itu.

Terdahulu, semua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi di jeti berkenaan, kelmarin.

Keempat-empat suspek yang bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam itu dipercayai terbabit menerima sogokan bagi memudahkan kemasukan pendatang haram dari negara jiran.

Sunday, May 9, 2010

Lagi remaja ditembak polis


TAMPIN – Seorang remaja cedera parah di bahagian perut selepas anggota polis melepaskan satu das tembakan semasa dia dikejar dalam kejadian di Jalan Seremban- Jelebu dekat sini awal pagi semalam.

Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd. Azizi Aziz, 17, difahamkan ditembak kerana tidak mahu memberhentikan motosikal yang ditunggangi selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.

Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Azizi hingga tembus ke usus besar menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian remaja ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 2 pagi 26 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan telah mengarahkan Mohd. Aziz berhenti, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan.

“Anggota polis yang melepaskan tembakan itu mendakwa dia melepaskan tembakan amaran sahaja tetapi ia dilakukan dalam keadaan kereta peronda yang bergerak laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

“Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mereka mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut,” katanya di HTJ di sini semalam.

Wednesday, April 28, 2010

Budak 15 tahun mati ditembak polis di shah alam


SHAH ALAM 28 April – Polis telah mengambil keterangan 10 saksi termasuk seorang saksi utama bagi membantu siasatan kes remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh anggota pihak berkuasa itu, pada kelmarin, di Seksyen 11 di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, keterangan saksi utama iaitu rakan kepada remaja terbabit yang melarikan diri semasa kejadian, diambil pihaknya kira-kira pukul 2 petang ini.

Beliau berkata, keterangan sembilan lagi saksi yang kesemuanya anggota polis telah diambil secara berperingkat bermula pada hari kejadian.

”Kita akan cuba menyelesaikan segera dan akan merujuk kes tersebut kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada penghujung minggu ini.

”Siasatan kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat anggota yang terlibat masih lagi menjalankan tugas-tugas pejabat seperti diarahkan.

”Selepas siasatan selesai dan kita mendapat arahan lanjut daripada DPP, barulah tindakan seterusnya akan dilakukan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya perkembangan siasatan kes Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati terkena tembakan polis semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri dari dikejar oleh kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11, kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu.

Dalam pada itu kata Khalid, pihaknya meminta kerjasama saksi-saksi yang melihat kejadian atau terlibat dalam perlanggaran dengan kereta remaja terbabit sebelum dia ditembak agar tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Ujar beliau, mereka boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberikan keterangan atau menghubungi talian 03-5510 2222.

Sementara itu, saksi utama kejadian yang juga merupakan pelajar berusia 15 tahun telah diambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.

Saksi tersebut yang merupakan anak seorang anggota polis hadir ke IPK Selangor dengan ditemani oleh peguam, Gobind Singh Deo.

Dalam perkembangan berkaitan, sepasukan forensik menemui sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian, kira-kira pukul 11.30 pagi, lokasi remaja terbabit dipercayai ditembak.

Mereka turut menjejaki kesan-kesan tembakan di beberapa lokasi yang disyaki dilalui remaja itu termasuk di Bulatan Kayangan.

Peluru itu difahamkan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, “Janganlah jadi macam ayam yang suka berketuk sebelum bertelur"

Sunday, April 4, 2010

INI BUKAN KEMPEN...!!!!


Sudah hampir seminggu UMNO dan BN telah turun di Hulu Selangor untuk bersama dengan dengan Rakyat Hulu Selangor.

Pihak Polis telah memberi Amaran kepada semua parti Politik tidak membenarkan mengadakan sebarang "KEMPEN PILIHANRAYA" sebelum keputusan calon dan tarikh dikeluarkan.

Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatan beliau ke Hulu Selangor bukannya untuk berkempen, Tapi ini adalah janji kami.

namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru!
Peruntukan segera RM 2 juta untuk atasi masalah banjir!
Sebuah Van jenazah untuk masjid As-sajdin!
Peruntukan RM 100 ribu untuk tempat mengambil wuduk!

INGAT INI BUKAN KEMPEN! HANYA LAWATAN SAHAJA......(Muhyiddin)

Tuesday, March 30, 2010

Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysia gimik politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap -Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1 Malaysia. Gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada Barisan Nasional, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang membangkitkan isu perkauman atas nama Melayu.

Sebelum ini, Kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakan semangat perkauman. Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan. Malah Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan Akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.

PAS tidak menafikan hak Perkasa untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak Kerajaan perlu adil dan Umno seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1 Malaysia.

Pengakuan Ketua Pemuda Umno sebelum ini bahawa memang ada ahli Umno menyertai Perkasa membuktikan bahawa Umno sendiri merupakan parti perkauman.

Kehadiran Mukhriz dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukan pemimpin Umno memang tidak ikhlas dalam gagasan satu Malaysia dan menyokong Perkasa untuk menyemarakan kebencian antara kaum.

PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli Umno terhadap gagasan 1 Malaysia. Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin Umno secara terbuka menyokong Perkasa.

Pas berharap agar rakyat menyedari perkara ini dan bersatu menolak pelampau perkauman ini. Pas menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau. Kaum bukan Melayu diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan Kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu. Kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.

Gagasan 1 Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman wujud, kerana merekalah yang sering menyemarakan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum dinegara ini.Hatta di diakhirat juga nanti tidak ada atas nama bangsa, samaada Melayu, cina atau India yang dijamin masuk syurga. . Semua manusia sama, yang membezakannya adalah ketaqwaan kepada Allah swt.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, March 22, 2010

BUANG BAYI LUAR NIKAH..!!

Hari ini (22 Mac) media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.
Semalam (21 Mac), media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009.Apa maknanya kedua-dua fakta di atas?

Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari, kira-kira dua orang setiap jam.

HEBAT..HEBAT...1MALAYSIA BOLEH!! wakakaka...