Thursday, August 6, 2009

Dari Pemerintahan Umno Punca Masalah Arak

SHAH ALAM – Pemuda PAS Selangor menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor.

YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor.

Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno/BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.
Kenyataan tersebut dikeluarkan di dalam satu sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada YB Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan suk pada pukul 4.30ptg tadi.
Rombongan DPPNS diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Sdr A. Zaidy Abd Mutalib.Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama YB Ronnie Liu dan DPPNS telah menyerahkan isi memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.
Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu.
DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini.
DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.
DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini petik kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu.
Ternyata slogan‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.
Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.

Wednesday, August 5, 2009

BERHUBUNG ISU ARAK DAN MINUMAN KERAS DI SELANGOR.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata: Dewan Pemuda PAS Selangor menyokong penuh tindakan MBSA yang mengambil tindakan terhadap premis perniagaan yang menjual bir atau minuman keras di kawasan komuniti Melayu Islam.

Kita meyakini bahawa tindakan mereka adalah berdasarkan bidangkuasa yang ada dan desakan komuniti Melayu di MBSA yang mahu penjualan arak atau bir di kawal dengan serius ditempat dan kawasan mereka.

Kami juga mengharapkan pihak negeri dapat segera menyelaraskan arahan dan tindakan tersebut di seluruh PBT supaya tidak wujud arahan atau tindakan secara persendirian oleh mana-mana exco katanya.

Kami juga mendesak supaya undang-undang syariah negeri selangor yang telah sedia ada berkaitan arak atau minuman keras yang membabitkan hanya orang Islam di Selangor di kuat kuasakan secara serius oleh Kerajaan Negeri.Kita juga bersetuju dengan cadangan yang mahu supaya satu pentakrifan baru terhadap minuman keras di berikan untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhan. Pihak kami akan menyampaikan memorandum berkaitan isu ini kepada pihak Kerajaan Negeri.

Tujuan dan hasrat kita menyatakan perkara ini adalah untuk menjaga kepentingan dan kebaikan orang Melayu Islam dan kita mengharapkan semua pihak dapat memahami dan bekerjasama ke arah tersebut dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan dan tidak menghormati kehendak masyarakat Melayu Islam katanya.

Saturday, August 1, 2009

20,000 sertai demo anti-ISA

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.
Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.
Sehingga lewat petang ini, pihak polis masih lagi berada di sekitar SOGO dan melepaskan tembakan meriam air apabila ternampak kumpulan penyokong anti-ISA.

Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini:
7.50pm Angkatan Muda PKR mengecam tindakan polis mengganasi dan menangkap rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta ISA.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tersebut adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Sehubungan itu, beliau menggesa supaya mereka yang ditahan hari ini dibebaskan segeraShamsul adalah antara 11 tokoh Pakatan Rakyat yang dicari polis bagi membantu siasatan terhadap penganjuran perhimpunan anti-ISA hari ini.

7.32pm Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.