SHAH ALAM – Pemuda PAS Selangor menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor.
YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor.
Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno/BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.
Kenyataan tersebut dikeluarkan di dalam satu sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada YB Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan suk pada pukul 4.30ptg tadi.
Rombongan DPPNS diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Sdr A. Zaidy Abd Mutalib.Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama YB Ronnie Liu dan DPPNS telah menyerahkan isi memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.
Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu.
DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini.
DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.
DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini petik kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu.
Ternyata slogan‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.
Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.
No comments:
Post a Comment