Thursday, March 4, 2010

10 AP-PKR Yang Dijangka Isytihar Keluar Parti

Kepimpinan parti kena siasat benar atau tidak, Ini kerana banyak media sebarkan berita-berita PANAS, 10 AP-PKR akan kelaur dari parti.

Pertemuan dengan media ini diadakan minggu selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Sejak pertengahan bulan lalu dua Ahli Parlimen PKR sudah keluar iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng masing-masing wakil rakyat Bayan Baru dan Nibong Tebal dari Pulau Pinang telah memutuskan untuk keluar parti dan pada 3 March Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Senarai yang diperolehi ialah:

1) YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)

2) YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)

3) YB Mohsin Fadzli (Ahli Parlimen Bagan Serai)

4) YB Ab Aziz Ab Kadir (Ahli Parlimen Ketereh)

5) YB Ahmad b Kassim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)

6) YB Rashid b Din (Ahli Parlimen Merbok)

7) YB Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor)

8) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Teluk Kemang)

9) Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)


No comments:

Post a Comment