Wednesday, June 17, 2009

TEGURAN TUAN GURU NIK AZIZ

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata: kita perlu berbincang dengan Pakatan terdahulu sebelum melangkah mengambil ketupusan sendiri sebab kita telah membuat satu perjanjian dalam Pakatan. perkara ini tiada dalam agenda PR, jika parti-part lain dalam Pakatan Rakyat setuju itu lain perkara.

Kalau UMNO nak perpaduan PAS, PKR, DAP juga harus termasuk sekali, dan PAS pun jadi menteri, PKR pun jadi menteri dan DAP pun jadi menteri ini baru betul benar-benar perpaduan! jika UMNO-BN tidak bersama dengan Pakatan yang lain ini bermakna bukan perpaduan, ini perpecahan. katanya

Beliau berkata sebagai Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa perlu letak jawatan sebagai timbalan presiden Pas dan ahli parlimen Bachok sekiranya Nasharudin masih berhasrat meneruskan rundingan dengan Umno.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," begitulah kata-kata Tuan Guru, Dia (Nasharudin) tidak tahu banyak orang telefon saya dan datang berjumpa dengan saya bertanya tentang perkara Kerajaan Perpaduan, ada yang bertanya sambil menanggis dengan sebak-sebak ada yang marah!

Suara Rakyat: Bagaimana dengan kami, dengan kepercayaan kami terhadap PAS dan PR, kami memberi undi kapada YB Nasharuddin diatas kepercayaan bahawa PAS akan memberi harapan baru dengan kerjasama PR dan begitu juga dengan kaum INDIA dan CINA yang memberi sokongan kuat kepada PAS.

Kami rakyat kelantan yang berada dikawasan bachok berharap, YB Nasharuddin kembali kepada landasan perjuangan yang sebenarnya dan sekaligus menolak UMNO-BN, Sebab PAS sekarang sudah kuat, ini UMNO nak perkuatkan BN dengan pergunakan PAS.

oleh itu PAS harus teguh dengan pendiriannya sendiri dan PR, kami hanya rakyat biasa tidak sepatutnya menegur kepada pemimpin, tetapi ini hak kami! kami harus menegurnya.

Kisah Sahabat: Saidina Umar tidak pernah berdusta.
Sejarah mencatatkan bagaimana Umar yang terkenal dengan kegarangannya berubah menjadi manusia yang bijaksana pasca-Islamnya.

Saat dilantik menjadi khalifah, umar telah menunjukkan tauladan terunggul sepanjang zaman. Beliau berdiri penuh tawadhuk dan meminta agar rakyat bangkit memberikan peringatan andai dia tersalah.

Lalu bingkas berdiri seorang pemuda. Terhunus di tangannya sebilah pedang yang tajam. Katanya penuh keberanian, jika Umar tersilap maka pedang itulah yang akan meluruskan!

Apa reaksi Umar? Umar mengucapkan terima kasih kepada anak muda yang berani itu. Kata Umar, rakyat seperti itulah yang akan menjamin legasi sebuah pemerintahan. Berani membuat teguran apabila pemimpin tersalah. Tidak takut kepada manusia kerana lebih takutkan Allah.

Sebaliknya, rakyat yang hanya menjadi ‘pak angguk’ lah yang akan merosakkan. Kesalahan pemimpin didiamkan. Lebih payah, yang salah turut diiyakan. Kebenaran disembunyikan demi mendapat habuan. Akhirnya, pemimpin rosak bersama rosaknya rakyat jelata. Negara akan hancur dan keamanan akan lebur.

Soalnya, sejauh manakah kita belajar daripada Umar? Kisah beliau sarat iktibar, buat dijadikan pedoman. Bukan sekadar enak didengar dan kemudian diulang zaman-berzaman,
sedangkan terang-terang kita melakukan kesilapan.

No comments:

Post a Comment