Monday, June 15, 2009

RAKYAT KINI

Salam kepada semua Rakyat Malaysia, Hatiku tergerak untuk menulis artikel ini kerana timbul rasa tidak puas hati dengan Media Tempatan dan Media Asing yang mengutuk dan memainkan peranan pemikiran Rakyat Malaysia yang sudah matang dengan berbagai berita yang cuba memecahbelah sesebuah Parti dalam Malaysia.

Ada pihak tertentu sedang berusaha untuk memisahkan dua orang Tuan Guru! Diantaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang dengan menguna MEDIA SEMASA supaya dua Tuan Guru ini berpisah!

Kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran tidak wajar membiarkan keadaan ini berlaku.

Pesanan kepada semua ahli sebuah Parti! Harus berpegang teguh dengan landasan perjuangan, Kita Rakyat Malaysia, Kini boleh membezakan yang mana baik dan yang mana musuh?

Maka jangan sesekali termakan dengan Berita sebegini, Saya rasa kesal dengan kata-kata yang tidak bermoral iaitu:
PAS kuda tunggangan DAP, Ulamak dan Professional,
PAS boneka UMNO.

Cuba kita lihat Ucapan-ucapan dalam Muktamar ke 55:-

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ DR Harun Din berkata: Media memputarbelitkan ucapannya yang diucapkan dalam satu seminar baru-baru ini, diantaranya perkara diambil oleh akhbar-akhbar, katanya Dato' Harun Din mengatakan ADA MUSUH DALAM SELIMUT!

Dato’ DR Harun Din telah menjelaskan apa itu musuh dalam selimut! Beliau tidak pernah berucap ada musuh dalam PAS! atau ada musuh dalam selimut, tetapi Dato’ Harun Din hanya berkata musuh sentiasa ada! Inilah yang Media memputarbelitkan untuk memburukan keadaan.

Dato’ Harun Din hanya mengingatkan kepada semua pemimpin dan semua ahli AWAS!! Kita ada musuh!.

Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata: kita tidak sama sekali akan menukar dasar prinsip perjuangan parti yang meletakkan islam itu sebagai keras, Dan kita tidak pernah ada agenda dalam mana-mana pemimpin PAS diperingkat pusat nak bawa PAS masuk dalam UMNO Barisan Nasional, atau bergabung dengan UMNO-BN!

Semua Ahli PAS diminta jangan terikut-ikut dengan istilah-istilah yang dimain para MEDIA khususnya MEDIA yang berniat JAHAT! Untuk mempecahbelahkan perpaduan parti.

No comments:

Post a Comment