Thursday, July 30, 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memang terkenal dengan kezalimannya. Ia membawa daki karat memisahkan isteri dan suami, ayah dan anak-anak, merosakkan tali persaudaraan dan ikatan persahabatan.

ISA sememangnya alat dan perkakas paling berkesan buat pemerintah yang begitu takutkan suara rakyat demi mempertahankan kuasa mereka. Kerajaan yang rasuah, korup, membazir, mengaut khazanah negara untuk mengisi tembolok diri dan kroni, serta menindas golongan yang sentiasa kritikal dengan penyelewengan pemerintah, selalunya hidup dalam ketakutan. Mereka bimbang kuasa sukar dipertahankan jika segala salah laku didedahkan kepada umum.

Ayuh, jangan tunggu dan tangguh-tangguh lagi untuk memeriahkan Himpunan Mansuh 1 Ogos.

Datang beramai-ramai ke ibu kota, sekitar jam 2 petang, bagi memastikan pesta demokrasi ini tidak mudah dipatahkan.

Anda tidak melakukan apa-apa kesalahan hanya kerana untuk berhimpun menunjukkan sokongan kepada tuntutan untuk memansuhkan ISA.

Jadikan perhimpunan ini lebih besar dan bermakna, sekurang-kurangnya menyamai perhimpunan Bersih dan membantah PPSMI tidak lama dulu.

No comments:

Post a Comment