Sunday, July 19, 2009

UMNO TIDAK IKHLAS

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu kematian itu dipolitikkan ketika SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap Anggota-anggota Dewan Negeri pakatan pembangkang berhubung penyalahgunaan peruntukan Kerajaan Negeri kepada wakil rakyat.

“Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Tanjung Karang di sini.

Muhyiddin berkata, selain isu politik, Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan, terutama soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan 2012.

Pada majlis itu, Muhyiddin melancarkan Logo 1Malaysia UMNO Tanjong Karang disediakan daripada 100 kilogram padi dari Tanjong Karang sempena 100 hari Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memotong kek disediakan UMNO bahagian itu.- Bernama

Rakyatkini: ini bermakna sememangnya UMNO-BN tidak ikhlas dalam sesuatu perlaksanaan, cuba lihat kenyataan Muhyiddin Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan. Jadi dulu, kini dan selamanya UMNO-BN tipu dan khianat kepada bangga melayu, ini sudah jelas BN selama ini sengaja naikkan harga minyak! Barangan keperluan harian! dan membebankan orang ramai.


terutama soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan 2012. ini bermakna UMNO-BN tidak mahu mansuhkan PPIM, ini terpaksa dimanshkan kenara desakan oleh parti pebangkang dan rakyat malaysia.

No comments:

Post a Comment